Saturday, November 29, 2008

ALUAN GURU BESAR

Assalamualaikum Wrbkth.

Terlebih dahulu pada kesempatan ini saya mewakili barisan pendidik dan kakitangan serta murid-murid SKBP ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi melayari Blog baru SKBP bagi mengantikan Laman Web sebelum ini.

Semoga blog ini akan menjadi satu jambatan bagi mempertautkan silaturahim dan hubungan muhibah dengan semua pihak, terutama demi bersama-sama mempertingkat kemajuan dan kecemerlangan semua sekolah dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga murid-murid dapat mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada Penyelaras Bestari SKBP yang telah menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha memperelok dan membangun laman blog ini.

Insya-Allah, mudah-mudahan sekolah ini akan terus cemerlang dan gemilang.

Wassalam.

No comments: