Saturday, November 29, 2008

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Beris Panchor di asaskan oleh Allah Yarham Tuan Hj.Muhamad bin Hj.Yusoff dalam tahun 1952. Antara Ahli jawatankuasanya ialah :





Pengerusi : Tn.Hj.Muhamad bin Hj.Yusof.

Setiausaha : En.Muhamad bin Zainal.





AJK : Tn.Hj.Samad bin Awang.

: Tn.Hj.Sulaiman bin Awang.

Tn.Hj.Hassan bin Awang

Tn.Hj.Hassan bin Yusof



SEJARAH SEKOLAH


Pada masa dahulu iaitu sekitar tahun 1920 kampung ini diberi nama Kampung Beris Panchor. Nama ini dipilih kerana tanah di kawasan ini adalahadalah tanah pasir dipangil “Beris” dan dipinggir kampung ini ada air yang sentiasa mengalir dipanggil air panchor. Dengan dua perkara inilah digabung menjadi sebuah kampong yang aman dan damai.

Pada tahun 1952 sekolah ini ditubuhkan dan diberi nama sempena kampung Beris Panchor iaitu “Sekolah Rakyat Beris Panchor “. Tempat belajar sementara ialah di atas sebuah musalla (surau) Tuan Guru Hj. Muhammad bin Hj. Yusoff, muridnya seramai lebih kurang 20 orang.

Nama “ Sekolah Rakyat Beris Panchor ” dipilih kerana tidak nama lain yang lebih sesuai dan Jawatankuasa Penubuhan sekolah bersetuju dengan nama itu dan dikekalkan sehingga tahun 1969.

Pada tahun 1957 bangunan di dirikan secara gotong royong merupakan sebuah bangsal tidak berdinding. Murid-murid duduk di atas tanah beralaskan tikar mengkuang. Bangsal ini kerap mengalami kerosakan akibat ribut. Bantuan-bantuan dari luar dipohonkan tetapi tiada perhatian. Pada masa itu Guru Besarnya bernama En. Mat bin Zainal dan muridnya lebih kurang 100 orang.

Dengan daya usaha Jawatankuasa, guru-guru dan orang kampung membina sebuah bangunan yang agak selesa sedikit di atas tanah Lot No.344 dan 1721 Mukim Gajah Mati dan luasnya 0.5 ekar. Tanah ini diwakafkan oleh Tuan Guru Hj. Muhammad bin Hj. Yusoff. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1960.

Pada 04 November 1961 sekolah ini didaftar sebagai Sekolah Kebangsaan Rakyat Beris Panchor dan diberi separuh bantuan kerajaan.

Pada tahun 1967 sekolah ini diterima sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Kelantan dan Kementerian Pelajaran Malaysia dan diberi nama Sekolah Kebangsaan Beris Panchor. Murid-murid semakin bertambah dan pada masa ini murid seramai 136 orang.

Pada tahun 1968 kerajaan telah memberi peruntukan membina bangunan baru yang lebih selesa di tapak seluas 7.6 ekar kira-kira 500 meter dari sekolah asal. Di sinilah bilangan murid-murid dan bangunan bertambah dari setahun kesetahun sehinggalah sekarang (Tahun 2008)




No comments: